Surau Wan Taib dibina pada tahun 1973. Pada awalnya, selepas kembali dari pengajian agama
di Pasir Mas, Kelantan, Haji Wan Taib mula mengajar di rumahnya di Kampung Banggol Tok
Esah, Manir, Kuala Terengganu. Antara subjek yang diajar ialah fiqah dan aqidah.
Memandangkan jumlah penuntut yang semakin bertambah, maka penduduk kampung telah
mengambil inisiatif untuk membina sebuah surau sebagai tempat menyampaikan kuliah. Maka,
Surau Wan Taib telah didirikan di hadapan rumah Haji Wan Taib di atas satu tanah persendirian
milik keluarganya.
Binaan asal surau sebenarnya telah diambil daripada Surau Kampung Belara
yang dipindahkan ke Kampung Banggol Tok Esah. Keluasan surau ketika itu ialah kira-kira 30 x
40 kaki dan boleh memuatkan lebih kurang 60 orang jemaah pada satu-satu masa.
Semenjak dibina, Surau Wan Taib telah dibaik pulih beberapa kali antaranya menukar atap surau daripada jenis atap bata kepada atap zink. Siling bahagian dalam juga kemudiannya telah dibuat. Surau ini seterusnya dicat baru sebanyak dua kali iaitu kali terakhir pada tahun 2000.
Projek renovasi keseluruhan surau dibahagikan kepada 5 fasa sebagaimana berikut:
Fasa 1 : Bangunan utama surau untuk menggantikan struktur binaan kayu yang asal
kepada binaan batu. (Mula 28 Januari 2015 dan siap pada 28 Mei 2015)
Fasa 2 : Bangunan tambahan surau yang merangkumi tandas, tempat wudhu dan bilik
serbaguna. (Mula 6 Februari 2016 dan siap 6 Mei 2016)
Fasa 3 : Dewan terbuka bagi kegunaan aktiviti imarah luar dan ruangan parkir
kenderaan. (Mula 1 April 2016 dan siap 6 Mei 2016)
Fasa 4 : Ruangan solat tambahan luar bangunan utama (Mula 12 Disember 2016 dan
siap 12 Februari 2017)
Fasa 5 : Bilik Serbaguna, Stor, Signage Dalaman dan Luaran
(Mula 28 Ogos 2017 dan siap 10 September 2017)
2.0 MAKLUMAT SEMASA
Nama Surau : Surau Wan Taib
Alamat : 2106 A, Kampung Banggol Tok Esah, Manir, 21200 Kuala Terengganu
No. Surat Pengesahan :
JHEAT.02-016/1/411(2)
No. Sijil Sah Kiblat :
MAIDAM.JF.02.620/1/3/3 JLD. 10 (58)
Keluasan : 40 x 40 kaki persegi
Kapasiti : Maksimum 150 orang jemaah
Tahun Dibina : 1973 (Kayu), 2015 (Batu)
Setiausaha: Mohd Muzani bin Hasbullah
AJK: Mohd Hauli Dawilah bin Said
Media Sosial :
FB- facebook.com/surauwantaib
Instagram- instagram.com/surauwantaib
Blog- surauwantaib.blogspot.my
YouTube- youtube.com/surauwantaib
Email- surauwantaib@gmail.com